MRT Corp lantik Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai pengerusi berkuatkuasa semalam

KUALA LUMPUR: Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dilantik sebagai pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkuat kuasa semalam.

“Dalam kami mengambil kira dasar masa depan mengenai pengankutan awam, impaknya terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pengalaman luas Tan Sri Bashir terhadap model perniagaan yang berubah, hal ehwal kawal selia ekonomi dan penyampaian perkhidmatan akan amat berguna kepada MRT Corp dalam menyokong misi kami untuk memangkin kemampanan bandar dan mobiliti orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Zarif Hashim.

MRT Corp dalam kenyataan berkata, Bashir Ahmad yang juga Bekas Pengarah Urusan MAHB itu kini merupakan penasihat kepada GMR Airports Group yang menguruskan lapangan terbang di India dan luar negara.

Beliau memulakan kerjayanya dalam sector penerbangan setelah menyertai Malaysia Airlines sebagai pelatih pengurusan pada 1972.

Menurut laporan Bernama, beliau telah bersama Malaysia Airlines selama 29 tahun yang kemudian dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pengarah Urusan MAHB dari 2003 hingga 2014 dan seterusnya sebagai penasihat sehingga 2017.

  • Coelho

    Related Posts

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028