Tiada keperluan untuk terus bergantung kepada dolar AS – PM

  • News
  • April 4, 2023

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebab bagi negara seperti Malaysia untuk terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu menggunakan ringgit dan renminbi, katanya.

“Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.

“Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) sama ada kerajaan akan turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunakan dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028