Selangor anjur Jualan Mega Ehsan Aidilfitri bermula esok – Exco

  • News
  • April 14, 2023

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri bermula esok hingga 20 April ini di 23 lokasi di seluruh negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim.

Izham berkata dengan jualan selama enam hari itu menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah), rakyat berpeluang menikmati penjimatan sebanyak 30 peratus bagi lima produk makanan asas iaitu ayam, telur, daging, beras serta minyak masak.

Katanya, ayam standard dengan berat purata 1.8 kilogram (kg) akan dijual RM10 seekor berbanding harga pasaran semasa RM17 manakala telur ayam gred B pula pada harga RM10 sepapan berbanding RM13.90 harga pasaran semasa.

“Bagi daging pejal segar, untuk jualan mega ini akan dijual pada harga RM35 sekilogram berbanding harga pasaran semasa RM42 sekilogram, beras pada harga RM10 untuk pek 5 kg dan minyak masak 5 kg pada harga RM25,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata program jualan bermula esok itu adalah kesinambungan Program Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang telah dilaksanakan PKPS sejak September tahun lepas.

“Alhamdulillah program JER ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan produk segar habis terjual di hampir semua lokasi jualan. Kami berusaha untuk mendapatkan stok produk segar yang lebih banyak bagi membantu meringankan beban rakyat B40 di Selangor,” katanya.

Jadual lengkap serta lokasi program jualan boleh dilayari menerusi pautan https://linktr.ee/myPKPS.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028