Ringgit susut kepada RM4.40 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin di tengah-tengah sentimen pasaran yang lebih cenderung kepada pertumbuhan ekonomi dan ini boleh menjejaskan pendirian bank pusat serantau terhadap dasar monetari, kata seorang penganalisis.

Pada 9.17 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4090/4220 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat 4.4000/4025.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, bagaimanapun berkata ringgit seharusnya kekal stabil sekitar RM4.40 hari ini dengan kecenderungan untuk terus meningkat.

“Pengeluaran data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 China pada Selasa mungkin boleh melonjakkan sentimen berdasarkan anggaran konsensus kerana aktiviti ekonomi bagi suku pertama dijangka meningkat kepada 4.0 peratus.

“Sokongan daripada ekonomi China berikutan kelonggaran langkah COVID-19 sejak akhir tahun lalu akan membantu menyokong industri berkaitan pelancongan di rantau Asia,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata pertumbuhan KDNK Singapura menunjukkan kemerosotan -0.7 peratus suku ke suku pada suku pertama 2023 berbanding pengembangan 0.1 peratus sebelum ini.

“Ini menunjukkan ketidaktentuan terhadap prospek global telah menjejaskan ekonomi Asia.

“Walau bagaimanapun, bank pusat serantau mungkin tidak boleh sewenang-wenang mengubah pendirian mereka kerana imbangan risiko kepada pertumbuhan agak stabil pada masa ini. Ini boleh membantu ekonomi Asia dan seterusnya menyokong mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2970/2995 daripada 3.3208/3229 pada penutup Jumaat, meningkat kepada 4.8445/8478 daripada 4.8660/8687 berbanding euro dan bertambah baik berbanding pound Britain kepada 5.4725/4762 daripada 5.5031/5062.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN, kecuali rupiah Indonesia yang susut kepada 300.4/300.8 daripada 299.1/299.5 pada Jumaat lalu.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8497/8640 daripada 12.9070/9208 pada penutup pada Jumaat, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3146/3171 daripada 3.3183/3204 dan lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 7.96/7.97 daripada 7.97/7.98 sebelumnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028