Bursa Malaysia meningkat selepas cuti panjang Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika memulakan dagangan pagi ini selepas berakhirnya cuti panjang Aidilfitri walaupun Wall Street mencatat prestasi bercampur-campur dalam dagangan semalaman.

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.39 mata kepada 1,423.50 daripada 1,422.11 yang dicatatkan pada sesi akhir Khamis lalu.

Indeks utama itu dibuka menokok 0.16 mata kepada 1,422.27.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup pada Jumaat lalu dan semalam bersempena sambutan Aidilfitri.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 135 berbanding 118 manakala 210 kaunter lain tidak berubah; 1,835 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 75.98 juta unit bernilai RM39.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI dijangka menyaksikan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah hari ini berikutan tekanan jualan sejak Selasa lalu.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks tersebut akan bergerak dalam jajaran 1,420 hingga 1,430 hari ini dengan minat belian kembali menumpukan saham-saham tenaga dan perladangan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd pula mengunjurkan sektor tenaga mungkin menjadi pilihan peniaga berikutan harga minyak mentah yang kekal berdaya tahan melebihi paras AS$80 setong.

“Malah, pelabur mungkin beralih daripada saham teknologi menjelang minggu pelaporan pendapatan teknologi di Amerika Syarikat (AS).

“Kami menjangkakan peniaga akan beralih kepada saham-saham dengan ciri yang bersifat bertahan seperti utiliti dan telekomunikasi,” katanya dalam nota tinjauannya hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank kekal pada RM8.70 manakala Public Bank, CelcomDigi dan Tenaga masing-masing naik tiga sen, empat sen dan dua sen kepada RM3.96, RM4.42 dan RM8.92.

Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM7.16 dan CIMB turun lima sen kepada RM5.14.

Bagi saham aktif, Jade Marvel naik satu sen kepada 28.5 sen; Salutica meningkat 6.5 sen kepada 88 sen namun Top Glove susut satu sen kepada RM1.02 dan XL Holdings tidak berubah pada 78 sen.

Selain itu, Indeks FBM Emas meraih 7.18 mata kepada 10,458.14; Indeks FBMT 100 meningkat 7.43 mata kepada 10,143.14; Indeks FBM Emas Shariah menokok 12.84 mata kepada 10,788.16; Indeks FBM ACE meningkat 13.27 mata pada 5,356.76 namun Indeks FBM 70 susut 0.31 mata kepada 13,644.90.

Bagi sektor pula, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.65 mata kepada 172.51; Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.59 mata kepada 15,686.45 manakala Indeks Perladangan menokok 32.36 mata kepada 6,865.88. 

Sequeira

Related Posts

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

KUALA LUMPUR — Cadangan kemungkinan kerajaan mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), anak syarikat milik penuh NexG Bhd yang menjadi tunjang kepada ekosistem MyKad dan dokumen keselamatan negara, membuka…

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026