BNM dijangka kekalkan OPR – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan datang, kata firma penyelidikan.

Bank Islam Malaysia Bhd dalam nota penyelidikannya berpendapat, BNM mungkin mengekalkan kadar itu memandangkan tahap pendirian akomodatif semasa di tengah-tengah pertumbuhan sederhana dan prospek inflasi.

Ia berkata, bank pusat telah menghentikan kitaran penormalan dasarnya di dua mesyuarat MPC pada 2023 untuk menilai kesan kenaikan OPR sebanyak 100 mata asas secara kumulatif terhadap ekonomi.

“Memandangkan pertumbuhan mungkin lebih sederhana pada separuh kedua 2023 (2H 2023) di samping pemulihan pasaran buruh yang lembap, kebarangkalian untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus sepanjang 2023 juga tinggi.

“Sehubungan itu, kami percaya BNM akan mengekalkan kadar yang stabil dalam mesyuarat MPC akan datang sambil mengekalkan penormalan dasarnya secara terbuka,” katanya.

RHB Investment Bank (RHB IB) yang turut berkongsi pandangan yang sama, berkata ia menjangka bank pusat mengekalkan status quo OPR untuk menilai lebih lanjut kesan yang ditinggalkan daripada kenaikan berturut-turut sebelum ini di tengah-tengah persekitaran luaran yang mencabar, dengan kadar inflasi teras menunjukkan tanda-tanda stabil.

“Kami mengekalkan jangkaan OPR tertinggi kami pada 3.25 peratus dengan risiko cenderung ke arah 3.0 peratus manakala anggaran OPR tertinggi konsensus Bloomberg ialah 3.0 peratus.

“Walaupun terdapat sedikit penyederhanaan momentum pada inflasi teras (pergerakan purata tiga bulan, pelarasan musim) pada beberapa bulan kebelakangan ini, momentum inflasi teras kekal tidak berubah di tengah-tengah tekanan permintaan domestik yang berdaya tahan, didorong oleh persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan,” katanya dalam nota penyelidikan yang berasingan.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028