Syed Hamadah dilantik CEO baharu TH berkuatkuasa esok

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu, berkuat kuasa esok.

Beliau yang turut dilantik sebagai Anggota Lembaga TH, menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Pengumuman pelantikan itu dibuat menerusi satu kenyataan semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Pengarah di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd.

“Beliau memiliki pengalaman luas dalam pengurusan korporat selain menjadi Felo di Fakulti Aktuari, United Kingdom dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Na’im, kewibawaan serta kepakaran Syed Hamadah diyakini mampu memacu kecemerlangan TH sebagai tonggak kejayaan ekonomi ummah dan institusi pengurusan haji terbaik dunia.

Justeru, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Syed Hamadah di atas pelantikan itu.

“Selamat menjalankan amanah demi agama, negara dan ummah.

“Pada masa sama, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Amrin Awaluddin atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik yang diberikan sebelum ini kepada pengurusan TH,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028