Bursa Malaysia dibuka tinggi jejaki kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, dipacu minat risiko dalam pasaran yang bertambah baik susulan Wall Street meningkat pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.12 mata kepada 1,434.16 daripada 1,431.04 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.26 mata lebih kukuh kepada 1,432.30.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 199 berbanding 123, manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,693 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 224.99 juta unit bernilai RM77.31 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street pulih pada Jumaat lepas daripada penyusutan selama empat hari, dengan Indeks Dow Jones meningkat 1.7 peratus didorong oleh data pekerjaan dan keuntungan korporat yang kukuh sekali gus mengimbangi kebimbangan mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

“Kami berpandangan peningkatan semula yang bersifat meluas dan ketara di Wall Street minggu lepas boleh meningkatkan keyakinan pelabur dalam bursa serantau dan tempatan.

“Beberapa petunjuk ekonomi utama akan dikeluarkan minggu ini termasuk kadar inflasi AS, kadar pengangguran Malaysia dan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu menjelaskan dari segi komoditi, harga minyak mentah Brent meningkat melebihi AS$75 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) berlegar di atas RM3,600 satu tan manakala harga emas susut namun kekal melebihi AS$2,000 bagi setiap auns.

Lonjakan ketara Nasdaq pada hujung minggu mungkin membawa kepada momentum belian di kaunter teknologi, tambahnya.

Beliau berkata pelabur juga mungkin mendapat peluang membeli di kaunter berkaitan emas memandangkan harga emas yang berdaya tahan.

“Sementara itu, sektor kenderaan elektrik mungkin mendapat perhatian apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menekankan hasrat Malaysia menarik lebih banyak syarikat China untuk memacu sektor automotif domestik sejajar dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” jelasnya.

Daripada kaunter wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.74, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah satu sen kepada RM4.02 dan RM8.99, Petronas Chemicals dan CIMB pula masing-masing menokok empat sen RM7.10 dan RM5.17.

Antara saham aktif, Vinvest dan Computer Forms masing-masing naik satu sen kepada 21 sen dan 25.5 sen, Salutica meningkat 10 sen kepada 72.5 sen, manakala Hong Seng dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 12 sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.30 mata kepada 10,479.55, Indeks FBMT 100 naik 19.88 mata kepada 10,173.71 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 13.64 mata kepada 10,772.38.

Indeks FBM ACE menokok 1.47 mata kepada 5,214.47 dan Indeks FBM 70 meningkat 16.81 mata kepada 13,498.34.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.01 mata kepada 170.50,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 51.43 mata kepada 15,760.17 dan Indeks Tenaga meningkat 8.83 mata kepada 837.07.

Indeks Perladangan naik 2.12 mata kepada 6,835.91.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028