MIDF Research berpandangan negatif terhadap prospek jangka sederhana Hartalega

KUALA LUMPUR: MIDF Research berpandangan negatif terhadap keputusan Hartalega Holdings Berhad untuk menutup operasi kilang pengeluarannnya di Bestari Jaya kerana ia menggambarkan prospek jangka sederhana yang mencabar bagi sektor sarung tangan disebabkan lebihan bekalan yang berterusan.

Firma itu berkata, kerugian rosot nilai kumpulan itu sebanyak RM347 juta untuk FY23 dan peruntukan untuk kos pemberhentian dan perbelanjaan obligasi kontrak sebanyak RM70 juta untuk FY24 akan meningkatkan lagi kos input dan kesan terhadap margin.

“Walaupun pengurangan kapasiti pengeluaran akan meningkatkan kadar penggunaan namun lebihan bekalan sarung tangan yang berterusan akan menghalang sebarang usaha penambahbaikan,” katanya dalam satu nota kajian, hair ini.

Bagi jangka masa panjang, firma itu berkata, keputusan penutupan kemudahan pengeluaran yang kurang cekap itu dijangka dapat mengurangkan kos operasi dan susut nilai, yang kemudiannya akan membawa kepada kecekapan operasi yang lebih baik.

Berbanding Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) kumpulan di Sepang, kilang di Bestari Jaya merupakan kemudahan pengeluaran yang sudah berusia, kurang cekap, memiliki teknologi lama selain menggunakan lebih banyak tenaga kerja serta perbelanjaan penyelenggaran yang lebih tinggi.

“Walaupun lebihan bekalan sarung tangan dalam pasaran kekal menjadi kebimbangan untuk prospek jangka sederhana, kami percaya keputusan menutup kilang itu boleh meningkatkan keberkesanan kos dan daya saing dalam jangka panjang,” katanya.

Firma itu menyemak turun unjuran pendapatan kumpulan untuk FY23-25 sebanyak 34.7%/ -131.5%/-70.8% untuk mencerminkan prospek jangka pendek hingga pertengahan yang mencabar.

Katanya, ia adalah selepas memfaktorkan harga jualan purata (ASP) yang rendah, mengurangkan jumlah kapasiti pengeluaran, dan jumlah jualan yang lebih rendah.

“Kami menjangkakan kerugian bersih pada suku akhir FY23 dan FY24.

“Unjuran ini menggambarkan situasi mencabar bagi sektor sarung tangan, yang termasuk normalisasi permintaan selepas wabak dan lebihan bekalan akibat pengembangan kapasiti yang agresif oleh pemain sedia ada,” katanya.

Firma itu mengekalkan saranan ‘neutral’ dengan harga sasaran (TP) RM1.75 sesaham lebih rendah berbanding RM1.80.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028