Ringgit didagang rendah berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini ketika dolar tersebut kekal kukuh susulan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) negara itu.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.4735/4790 berbanding dolar AS daripada 4.4615/4665, semalam.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues berkata IHP adalah satu mekanisme pengukur inflasi pada permulaan rantaian pengeluaran dan turut digunakan untuk mengukur inflasi pengguna akhir.

“Data hari ini menunjukkan inflasi +0.2 peratus pada April yang boleh meningkatkan inflasi keseluruhan pada bulan-bulan akan datang.

“Susulan peningkatan inflasi itu, pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan bertindak menaikkan kadar faedah bagi mengekang kenaikan harga yang sekali gus akan memacu pengukuhan dolar,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP AS pada April mencatat 2.3 peratus selepas kenaikan 2.7 peratus pada Mac manakala IHP teras pada 3.2 peratus daripada 3.4 peratus, sebelum ini.

https://5c143548d3553da3a89708c5b81dd13b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Ia adalah aliran sama seperti IHP yang menunjukkan keadaan itu terus ketara. Risiko mengelak risiko juga dapat dilihat yang menjadikan gandingan dolar AS/ringgit mungkin kekal melebihi paras RM4.46 susulan pengukuhan permintaan terhadap dolar AS,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pengumuman data keluaran dalam negara kasar suku pertama 2023 bagi Malaysia hari ini akan turut menjadi tumpuan ramai bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju pasaran.

“Kami mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus dengan permintaan domestik menjadi pemacu utamanya,” katanya.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8851/8911 daripada 4.8751/8805 pada Khamis dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3250/3294 daripada 3.3122/3161 namun mengukuh berbanding pound Britain pada 5.5990/6059 daripada 5.6161/6224.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Unit tempatan itu meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2176/2413 daripada 13.2283/2482; susut berbanding rupiah Indonesia kepada 3.8/304.4 daripada 302.9/303.5 dan rendah pada 3.3608/3651 berbanding dolar Singapura daripada 3.3588/3628 semalam.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.00/8.02 daripada 8.00/8.01.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028