Bursa Malaysia diniagakan tinggi awal pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Selasa, dengan indeks penanda aras dibuka tinggi, didorong oleh sentimen serantau yang bertambah baik selepas Wall Street meraih keuntungan semalaman.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.75 mata kepada 1,420.12 daripada 1,417.37 pada penutup Isnin. Indeks utama itu dibuka 0.55 mata lebih baik pada 1,417.92.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 130 berbalas 111, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 139.28 juta unit bernilai RM50.34 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup pada tahap positif malam tadi di tengah-tengah rundingan mengenai siling hutang AS yang akan disambung semula hari ini, dengan pasaran optimis perjanjian boleh dicapai lebih awal daripada jangkaan.

Di peringkat domestik, beliau berpendapat aktiviti memburu saham murah akan muncul dalam masa terdekat berikutan kemerosotan selama seminggu selain mengunjurkan kedua-dua saham bank dan syarikat telekomunikasi akan menjadi pilihan teratas dalam senarai belian.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam aliran dalam julat 1,415 dan 1,425 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.70 manakala Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB menokok dua sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM3.96, RM7.00 dan RM5.00.

HH Healthcare naik empat sen kepada RM5.95. Tenaga, bagaimanapun, susut empat sen kepada RM9.48.

Bagi saham aktif, Vinvest menokok setengah sen kepada 18.5, Bahvest turun setengah sen kepada 11.5 sen, manakala Classita dan VSolar tidak berubah pada 16 sen dan setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 15.98 mata kepada 10,392.61, Indeks FBMT 100 memperoleh 14.76 mata kepada 10,087.87 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 7.09 mata kepada 10,734.63.

Indeks FBM ACE menokok 11.44 mata kepada 4,992.45 manakala indeks FBM 70 lebih rendah 0.05 mata kepada 13,441.64.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.28 mata kepada 166.0, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 42.63 mata kepada 15,532.02 dan Indeks Tenaga mengembang 3.43 mata kepada 830.82.

Walau bagaimanapun, Indeks Perladangan turun 6.33 mata kepada 6,885.39.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028