Prestasi lemah Wall Street jejas Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.16 mata kepada 1,421.34 daripada 1,423.5 pada penutup Selasa.

Indeks barometer dibuka pada paras 1,422.01, susut 1.49 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 135 berbalas 98, manakala 199 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 104.99 juta unit bernilai RM43.32 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) lebih lemah apabila pelabur masih menantikan berita mengenai rundingan siling hutang antara pemimpin kongres dan Presiden Joe Biden, dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen mengulangi bahawa jika siling hutang tidak dinaikkan, negara itu mungkin berisiko mungkir terhadap obligasi hutangnya seawal 1 Jun.

Firma broker itu menambah memandangkan ketidaktentuan di AS, ia percaya tekanan jualan mungkin melimpah ke pasaran tempatan, sekali gus mengehadkan potensi peningkatan pada FBM KLCI.

“Kami berpendapat peniaga mungkin menumpukan pada saham defensif dalam sektor telekomunikasi, utiliti dan pengguna.

“Sementara itu, kami berpihak kepada saham berkaitan pelancongan dan penjagaan kesihatan berikutan pembukaan semula sempadan China,” katanya dalam nota hari ini.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, pula menyatakan sentimen keseluruhan kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan di AS.

“Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,415 hingga 1,425,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals susut dua sen setiap satu kepada RM8.71 dan RM7.05, Tenaga turun lapan sen menjadi RM9.65 manakala Public Bank dan CIMB tidak berubah, masing-masing pada RM3.95 dan RM4.99.

Bagi saham aktif, Classita, Vinvest dan ATA IMS meningkat setengah sen setiap satu kepada 15.5 sen, sembilan sen dan 28.5 sen, YTL Corporation menambah satu sen kepada 67.5 sen manakala Silver Ridge turun setengah sen kepada 43.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 10.03 mata kepada 10,409.35, Indeks FBMT 100 susut 14.17 mata kepada 10,101.32, Indeks FBM Emas Syariah turun 16.74 mata kepada 10,762.64 dan Indeks FBM 70 kerugian 13.89 mata kepada 13,479.45.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE memperoleh 10.93 mata kepada 5,011.5.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.24 mata kepada 166.98 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 8.65 mata kepada 15,539.79, manakala Indeks Tenaga susut 0.22 mata menjadi 833.72 dan Indeks Perladangan turun 14.94 mata kepada 6,918.78.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028