Minggu kelima pelaburan asing mengalir keluar dari pasaran saham

KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran keluar bersih asing berjumlah RM211.0 juta sepanjang minggu berakhir 19 Mei 2023, kata MIDF Research.

Menerusi Laporan Aliran Dananya, ia menyatakan pelabur asing telah menjadi penjual bersih ekuiti Malaysia selama 14 daripada 20 minggu tahun ini, dengan jumlah aliran keluar asing bersih sebanyak RM2.39 bilion.

“Setiap hari dagangan minggu lepas adalah hari jualan bersih oleh pelabur asing, kecuali Khamis apabila terdapat aliran masuk asing bersih sebanyak RM38.5 juta,” katanya.

MIDF Research berkata pada Khamis, pelabur asing memilih saham wajaran tinggi seperti Maybank (RM16.9 juta), Top Glove (RM9.9 juta), IHH Healthcare (RM9.8 juta) dan Inari Amertron (RM8.2 juta).

Bagaimanapun, mereka kembali kepada aktiviti jualan bersih pada Jumaat apabila data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan menyatakan pertumbuhan perdagangan Malaysia susut 14.5 peratus tahun ke tahun pada April 2023, sebahagian besarnya disebabkan oleh eksport domestik yang lebih rendah.

Minggu lalu, hanya tiga sektor menyaksikan aliran masuk asing bersih iaitu pengangkutan dan logistik (RM37.4 juta), teknologi (RM3.3 juta) dan penjagaan kesihatan (RM1.9 juta), manakala tiga sektor teratas yang memperlihatkan aliran keluar bersih asing adalah produk pengguna dan perkhidmatan (RM70.0 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM40.5 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM32.5 juta).

Sementara itu, pelabur institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut dengan mencatatkan sejumlah RM355.6 juta.

“Setiap hari dagangan adalah hari belian bersih oleh institusi tempatan, dengan aliran masuk bersih terbesar dicatatkan pada hari Selasa sebanyak RM105.3 juta.

“Setakat tahun ini, mereka telah menjadi pembeli bersih selama 15 daripada 20 minggu, menyaksikan jumlah aliran masuk bersih RM2.45 bilion,” kata MIDF Research.

Sebaliknya, peruncit tempatan pula mencatatkan jualan bersih ekuiti tempatan untuk minggu ketiga berturut-turut, berjumlah RM144.6 juta.

Setiap hari dagangan adalah hari jualan bersih oleh peruncit tempatan, dengan aliran keluar paling banyak dicatatkan pada Khamis sebanyak RM65.1 juta.

Setakat tahun ini, peruncit tempatan telah menjadi penjual bersih selama 11 daripada 20 minggu, menghasilkan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM51.2 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan iaitu peruncit (-4.8 peratus), institusi tempatan (-5.6 peratus) dan pelabur asing (-10.5 peratus).

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028