Anwar nafi kerajaan tawar kerjasama dengan PAS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung dakwaan pemimpin PAS kononnya ada wakil daripada kerajaan  yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang menafikan perkara itu berkata, tidak pernah ada perbincangan pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) berkenaan perkara itu.

“Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan, yang lainnya” katanya kepada media selepas Majlis Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.

Anwar menerima cenderahati beberapa buku daripada Awang (dua kanan) sambil disaksikan Fadhlina (tiga dari kiri) pada Majlis Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia di DBP, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Sabtu lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa pernah dihubungi beberapa kali daripada ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Semalam pula, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara sama dengan mendedahkan ada pihak menemui beliau mengemukakan tawaran itu.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028