Pengarah Hydroshoppe mohon batal tuduhan rasuah berkait ambil alih Menara KL

KUALA LUMPUR: Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh memohon untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur yang dihadapinya.

Hamid Shaikh, 49, memfailkan notis bantahan awal menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company di Mahkamah Sesyen pada 31 Mei lalu.

Berdasarkan notis tersebut, pihak pembelaan mendapati pertuduhan terhadap Abdul Hamid Shaikh cacat selain tidak berasas kerana salah satu elemen penting bagi kesalahan di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak dinyatakan.

Selain itu, pertuduhan tersebut gagal mematuhi peruntukan Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah kerana satu daripada butiran penting dalam pertuduhan iaitu tarikh spesifik bagi kesalahan tidak dinyatakan dalam pertuduhan.

Pada prosiding hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Hamid Shaikh mengesahkan telah memfailkan notis itu menerusi emel selain telah menerima sebahagian dokumen kes daripada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat berkata pihaknya akan menyerahkan sebahagian lagi dokumen kes tersebut kepada pembelaan pada sebutan kes akan datang dan mengesahkan telah menerima notis bantahan awal.

Suzana menetapkan 19 Jun untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 18 Julai ini untuk keputusan bagi permohonan bantahan awal itu.

Terdahulu, di hadapan Hakim Rozina Ayob, Amer Hamzah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan supaya kes syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd digantung sementara pelupusan prosiding kes Abdul Hamid Shaikh.

Mahadi pula berkata pihaknya memohon untuk memindahkan kes syarikat Hydroshoppe ke Mahkamah Sesyen lain untuk dibicarakan bersama kes Hamid Shaikh.

Amer Hamzah membantah perkara itu dan meminta agar pihak pendakwaan membuat permohonan itu secara bertulis.

Rozina menetapkan 5 Julai ini untuk pendengaran permohonan penggantungan sementara kes syarikat Hydroshoppe dan pemindahan kes itu ke Mahkamah Sesyen lain.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028