Kerajaan hapus pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan

  • News
  • June 15, 2023

KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, kerajaan akan menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh manakala pengkelasan B40, M40 dan T20 dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.

Beliau berkata, beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu, termasuk perkara membabitkan bantuan atau subsidi.

“Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis sebelum memutuskan berapa tahap pendapatan layak diberi bantuan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan cuba meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji, namun ia perlu dijalankan secara berperingkat.

“Di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN), kita sudah mula bincang mengenai simulasi, siapa yang patut dapat apa, apakah pendekatan yang akan diberikan, adakah akan diberi penambahan nilai pendapatan dan sebagainya.

“Kita akan melaksanakan satu demi satu bantuan sosial yang disepadu berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

“Ia mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan,” katanya.

Pada Mei lalu, kerajaan mengumumkan akan mula melaksanakan peralihan dasar sosioekonomi daripada pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah, bermula Januari 2024.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028