Brabus 1300 R Edition 23 rasmi di Malaysia, harga bermula dari RM430,000

  • Auto
  • June 20, 2023

KUALA LUMPUR: Setelah diperkenalkan secara global pada Februari lepas, model motosikal super naked talaan khas, Brabus 1300 R Edition 23 tiba secara rasmi di pasaran Malaysia.

Diasaskan dari KTM 1290 Super Duke R EVO, Brabus 1300 R Edition 23 merupakan super naked kedua hasil talaan dari syarikat penala terkenal German itu, dimana ia merupakan naik taraf dari versi pertama yang turut ditala oleh Brabus pada tahun lepas.

Ianya ditawarkan dengan dua pilihan warna istimewa iaitu Superblack dan Stealth Gray, dengan hanya 145 unit terhad bagi setiap warna. Satu unit yang tiba di Malaysia hadir dengan warna Superblack.

Menariknya, ia turut menampilkan beberapa komponen yang diperbuat dari gentian karbon bagi membantu mengurangkan berat dan meningkatkan prestasi.

Brabus 1300 R Edition 23 dikuasakan oleh enjin V-twin 1,301 cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 180 HP pada 9,500 rpm dan 140 Nm pada 8,000 rpm.

Pada bahagian pelana, ia dibalut semula dengan corak jahitan “Crest” Brabus, dan pada bahagian sisi ia menampilkan pemijak kaki kustom serta ekzos dual paip.

Ianya menampilkan jalur tandatangan Brabus pada liang udara diperbuat dari gentian karbon yang direka bentuk semula untuk memberikannya rupa unik.

Seperti yang dilakukan oleh Brabus pada kereta, Brabus 1300 R Edition 23 didatangkan dengan roda forged Monoblock Z yang menampilkan warna Platinum Black, dimana roda tersebut lebih ringan dan kuat berbanding roda standard.

Bagi meningkatkan lagi tahap tunggangan motosikal itu, ia dilengkapi dengan sistem teknologi suspensi separa-aktif WP APEX di sepan dan belakang, dimana ia mempunyai 5 tetapan iaitu Comfort, Street, Sport, Track, dan Advanced.

Terhad kepada 290 unit, ianya akan hanya ditawarkan untuk pasaran terpilih bersama 145 unit setiap warna, dan untuk pasaran Malaysia ia ditawarkan dengan satu unit berwarna Superblack dengan harga bermula dari RM430,000.

Goncalves

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028