Tengku Muda Pahang dilantik jadi Pengerusi Bestinet

KUALA LUMPUR: Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) mengumumkan pelantikan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pengarah syarikat itu.

Dalam kenyataannya, Bestinet berkata Tengku Abdul Rahman yang baru-baru ini menjadi salah seorang pemegang saham syarikat, turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah baharu berkuat kuasa pada 30 Jun 2023, selepas mengambil alih daripada Datuk Seri Mohd Amin Abdul Nor yang meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet, Ismail Mohd Noor, berkata syarikat berkenaan percaya perspektif yang dibawa oleh Tengku Muda Pahang dapat memacu syarikat itu ke tahap lebih tinggi.

“Bestinet berhasrat mewujudkan kerjasama utuh dengan pengerusi baharu kami dalam memberikan nilai tambah kepada semua pihak berkepentingan, sama ada di pihak awam dan swasta.

“Syarikat juga sentiasa komited dalam menyediakan penyelesaian teknologi maklumat yang komprehensif dengan tumpuan khusus kepada penyelesaian dalam aspek keselamatan, biometrik dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028