Tidak ada kenaikan harga barang sehingga 20 peratus – Mydin

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus seperti yang pernah diramalkan sebelum ini.

Beliau berkata kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini.

“Sekarang dalam dua, tiga hari ini, US Dollar turun balik kepada RM4.53 hingga RM4.54, jadi saya boleh kata 100 peratus, harga tidak akan naik 20 peratus pada bulan Ogos ini.

“Kalau saya nak kata semua barang tidak naik, saya tidak pasti, tapi kalau naik pun, di antara satu hingga dua peratus sahaja,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temubual Apa Khabar Malaysia, di Wisma Bernama hari ini.

Beliau berkata kenaikkan harga barang juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya inflasi, permintaan dan penawaran selain kadar ringgit.

Sebelum ini beliau dan beberapa pakar ekonomi menyatakan harga barang pengguna dijangka meningkat, ada yang meramalkan sehingga 20 peratus menjelang Okober ini berikutan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia selain inflasi import.

Peningkatan kos itu dikatakan ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.

Sementara itu, Ameer turut mencadangkan agar kerajaan meneliti kembali mekanisme pemberian subsidi pukal ke subsidi bersasar menerusi pemberian tunai bulanan untuk golongan B40.

Katanya menerusi kaedah subsidi bersasar ia akan menjimatkan kos pembelanjaan kerajaan sekali gus membantu kerajaan dalam memudahkan perancangan pembangunan negara yang lebih mampan.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028