Rundingan penyertaan ekuiti daalm DNB dan perjanjian akses 5G capai persetujuan bersama – Fahmi

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia sudah berjaya mencapai persetujuan berkaitan penyertaan ekuiti dalam DNB dan perjanjian akses 5G bersama DNB.

Pasukan petugas pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia itu dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil, berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB.

“Seterusnya, menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023, sebelum beralih kepada model dwirangkaian seawal Januari 2024.

“Pihak syarikat penyedia perkhidmatan akan mengambil semua tindakan tatakelola sewajarnya, bagi menyempurnakan proses ini,” katanya dalam media di sini.

Fahmi berkata, Maxis juga sudah memulakan proses untuk menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB setelah beberapa isu berkaitan 5G dimuktamadkan pada 11 Julai 2023.

Ketika ini hanya Maxis satu-satunya syarikat telekomunikasi utama yang masih tidak menawarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggannya.

CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications telah pun menawarkan perkhidmatan 5G selepas menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB sejak tahun lalu.

Fahmi berkata, langkah Maxis itu juga seiring dengan komitmen yang diberikannya sebelum ini dalam akses 5G demi kepentingan pelanggannya.

Beliau berkata, pelanggan Maxis akan mula menikmati perkhidmatan 5G setelah Maxis mendapat kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada bulan hadapan.

Tambah Fahmi, KKD dengan kerjasama semua pihak sentiasa memastikan aspirasi kerajaan direalisasi melalui proses yang inklusif, telus dan terangkum demi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028