Menara CelcomDigi dijual pada harga RM450 juta

KUALA LUMPUR: Sentral REIT hari ini menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk mengambil alih bangunan pejabat 27 tingkat yang dikenali sebagai Menara CelcomDigi di Petaling Jaya Sentral dengan harga RM450 juta daripada Puncak Wangi Sdn Bhd (PWSB).

PWSB adalah anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Sentral dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mengembangkan jumlah saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Disember 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion, setelah selesai pelaksanaan.

“Pembelian hartanah itu akan dibayar sepenuhnya secara tunai yang akan dikumpulkan melalui gabungan ekuiti dan pembiayaan hutang.

“Pelaksanaan pendanaan ekuiti ini membabitkan cadangan penempatan yang merangkumi terbitan sehingga 123.72 juta unit penempatan yang akan diletakkan kepada pelabur institusi yang akan dikenal pasti kelak, pada harga terbitan yang akan ditentukan melalui proses penetapan harga,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada cadangan penempatan itu, MRCB telah bersetuju untuk melanggan sehingga 34.57 juta unit penempatan bagi mengekalkan peratusan pegangan unit semasa mereka dalam Sentral, katanya.

Pengerusi Sentral REIT Management Sdn Bhd, Tan Sri Saw Choo Boon, berkata pengambilalihan itu akan mengembangkan lagi portfolio Sentral daripada segi pendapatan, gabungan penyewa serta penyebaran geografi, dan akan memberikan pulangan yang stabil kepada pemegang unitnya.

“Hartanah ini sesuai dengan portfolio semasa Sentral yang terdiri daripada sembilan hartanah komersial,” katanya lagi.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028