Kolaborasi Secret Recipe & Mira Filzah ilhamkan BurgerMira dan koleksi tudung berasaskan rempah

PUTRAJAYA: Secret Recipe dengan kolaborasi bersama duta jenama Mira Filzah memperkenalkan menu bermusim berasaskan burger penambat selera dan koleksi tudung penambat hati.

Titik pertemuan seni fesyen dan seni kulinari itu telah mengilhamkan BurgerMira dengan lima jenis burger, yang juga menjadi inspirasi kepada koleksi tudung terkini Mira – Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection.

Bagi pilihan pertama ialah Special Kerabu Burger (Burger Kerabu Istimewa) dengan pilihan daging ayam atau daging.

Sementara itu, Sambal Meletop Burger (Burger Sambal Meletop) mengandungi goreng garing keemasan serta timun Jepun, bawang merah dan sos Sambal Meletop unik Secret Recipe yang penuh berperisa dan pasti membuka selera khususnya bagi mereka yang suka makan pedas.

Hidangan tambahan terakhir dalam menu ialah Zesty Herb Burger yang berintikan ayam goreng garing sehingga keemasan atau kepingan daging empuk yang diselit di antara dua keping keju cheddar.

Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee berkata, kerjasama ini cukup istimewa kerana gandingan ini telah membawa kelazatan dan keanggunan cita rasa menerusi sajian burger dan koleksi tudung Mira.

“Di Secret Recipe, kami terus berusaha untuk menjangkaui sempadan dan menawarkan kelainan kepada pelanggan, seperti pilihan burger dan tudung yang menggandingkan seni fesyen dan seni kulinari yang bukan sahaja menambat selera pelanggan setia kami, tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua penggemar fesyen di luar sana,” kata Evelyn.

Mengulas lanjut, kolaborasi Secret Recipe, Mira, buat julung kalinya membawakan koleksi berilhamkan ramuan dan rempah yang biasa digunakan dalam masakan kepada para peminatnya.

Lebih menarik, sebagaimana ramuan tersebut menambah perisa kepada sajian, tudung-tudung Mira juga telah direka khas untuk menyerlahkan penampilan si pemakai.

Sempena pengenalan menu bermusim ini, para pelanggan akan menerima diskaun RM10 dari 4 Ogos hingga 17 September, bagi sebarang pembelian di laman web Mira Filzah menggunakan kod MIRABELANJALAGI.

Pelanggan Secret Recipe juga akan mendapat diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM45 dari 4 Ogos hingga 3 September menggunakan kod SRXMIRA apabila memesan menerusi SR GO! Pick Up di aplikasi atau laman web Secret Recipe MY.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028