Kapal angkasa Starship sedia dilancarkan – Elon Musk

  • Dunia
  • September 6, 2023

MOSCOW: Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk berkata pada Selasa syarikat itu sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship, lapor Sputnik.

“Starship sedia untuk dilancarkan, menunggu kelulusan lesen FAA,” kata Musk di platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

SpaceX mendedahkan bahawa pihaknya telah “menempatkan Starship sepenuhnya pada pad pelancaran di Starbase” di Texas.

SpaceX menjalankan pelancaran gabungan pertama kapal angkasa Starship dan penggalak peringkat pertama Super Heavy pada April.

Musk berkata pada akhir Jun bahawa SpaceX akan melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship dalam masa kira-kira enam minggu, sambil menambah bahawa pelancaran baharu itu mempunyai kira-kira 60 peratus kebarangkalian untuk memasuki orbit. – BERNAMA-SPUTNIK

Coelho

Related Posts

Petronas Perluas Empayar Tenaga Melalui Perjanjian Strategik Baharu di Turkmenistan

ASHGABAT, 20 Jun – Selepas tiga dekad beroperasi di Turkmenistan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus mengukuhkan kedudukannya di rantau Asia Tengah apabila memeterai beberapa perjanjian strategik baharu yang dijangka membuka…

Mojtaba Khamenei diangkat sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran ketika perang makin memuncak

TEHRAN — Iran melantik Mojtaba Khamenei, anak kepada Ayatollah Ali Khamenei, sebagai pemimpin tertinggi baharu negara itu dalam suasana rantau Timur Tengah yang terus bergolak susulan konflik besar melibatkan Tehran,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028