Kekurangan bekalan beras kerana pembelian panik – Mohamad Sabu

  • News
  • September 18, 2023

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kekurangan bekalan beras tempatan dalam pasaran sekarang disebabkan pembelian panik oleh orang ramai selepas harga beras import naik mendadak.

Bagaimanapun, Mohamad yakin masalah bekalan beras yang melanda negara ketika ini akan dapat diatasi dengan baik.

“Pembelian beras putih tempatan kerana ‘panic buying’ bila harga beras import meningkat. Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat, termasuk peniaga.

“Tapi bila beras import naik, mereka mencari beras tempatan. Maka beras tempatan menjadi permintaan utama, yang menyebabkan ia berlaku sedikit shortage (kekurangan bekalan) di pasaran,” katanya di Dewan Rakyat.

Mohamad berkata demikian ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut termasuk melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan.

Program itu jelasnya, adalah konsensus bersama pengilang beras untuk pengeluaran tambahan 20 peratus stok pengilang padi sebanyak 23,000 tan metrik sebulan bagi tempoh setahun.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan kerajaan belum memutuskan untuk melarang warga asing daripada membeli beras putih tempatan.

“Warga asing pun perlu makan, jangan lupa mereka bekerja dan berkhidmat untuk membangunkan negara kita,” ujarnya.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) sebelum itu mencelah dan meminta Mohamad menyatakan keputusan kerajaan terhadap cadangan larangan pembelian beras kepada warga asing.

Beliau menjawab pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PH-Machang) yang bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan larangan menjual beras putih tempatan dalam kalangan warga asing yang bekerja di negara ini.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan untuk menghadkan penjualan beras tempatan kepada wargas asing berikutan kenaikan harga.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028