Invest Malaysia NY 2023 tumpu rangka kerja Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Mendapatkan semula Malaysia sebagai Peneraju di Asia’, Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) menjadi tuan rumah kepada penganjuran Invest Malaysia New York (Invest Malaysia NY 2023) di New York City.

Ini adalah sebagai sebahagian daripada siri Invest Malaysia Exchange untuk 2023.

Invest Malaysia NY 2023 tertumpu dalam mempromosikan kekuatan negara dan bagaimana kerajaan berlandaskan rangka kerja Ekonomi MADANI bakal mewujudkan semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perasmian dan ucaptama Invest Malaysia NY 2023, berkata rangka kerja ekonomi MADANI adalah tunjang perjalanan transformasi Malaysia.

Beliau berkata, ia menawarkan pelan hala tuju yang jelas untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia dan agenda kemampanan jangka panjang.

Katanya, tiga tonggak penting dalam rangka kerja pemulihan ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dan Rancangan Malaysia Kedua Belas Penggal Pertengahan Semakan (12 MP MTR).

Selain itu, beliau turut berkongsi rancangan Malaysia dalam menuju ke arah pertumbuhan mampan, sejajar dengan sasaran mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Perdana Menteri turut bersama dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai sesi soal jawab Invest Malaysia NY 2023 yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Sesi itu membincangkan keutamaan rangka kerja ekonomi MADANI dengan lebih terperinci, mengetengahkan fokus dalam menangani penambahbaikan dasar fiskal dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sesi diteruskan dengan perbincangan ‘Ketahanan Makro dan Wawasan Pasaran Malaysia’ yang disertai oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan Umar Swift.

Perbincangan itu menjurus kepada tinjauan komprehensif iklim makroekonomi Malaysia serta sektor kewangan dan dinamik pasaran modal yang menyumbang kepada kestabilan dan potensi pertumbuhan Malaysia.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028