McDonald’s Malaysia lapor polis isu pelanggan dakwa dikenakan bayaran sos cili paket

  • News
  • September 27, 2023

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali makanan segera McDonald’s, membuat laporan polis berhubung insiden seorang pelanggan mendakwa dikenakan bayaran atas permintaan untuk mendapatkan sos cili tambahan di restoran McDonald’s Taman Buaya.

McDonald’s dalam satu kenyataan menjelaskan hasil siasatan dalaman menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), mendapati insiden berpunca daripada kakitangannya yang secara tidak sengaja memberikan paket sos cili yang tidak mencukupi.

Bagaimanapun kakitangan itu kemudiannya menyediakan bungkusan tambahan sos cili apabila diminta oleh pelanggan berkenaan.

“Pada masa itu, pelanggan itu menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami. Pelanggan itu mendesak untuk melakukan pembayaran bagi 10 bungkusan tambahan sos cili dan menggesa krew kami untuk mengeluarkan resit bagi pembelian ini.

“Walaupun krew kami cuba untuk menjelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan dengan marah, tetap mahu dikenakan bayaran bagi 10 cili terbabit,” kata McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia turut meluahkan kecewa dengan tindakan pelanggan yang bukan sahaja menunjukkan sikap agresif terhadap kakitangan syarikat itu, malah turut menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai insiden ini di media sosial.

“Kami ingin menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia menawarkan semua pelanggan sos cili tanpa sebarang kos tambahan.

“Tambahan pula, di McDonald’s Malaysia, kami menghormati anggota krew kami sebagai barisan hadapan yang sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada rakyat Malaysia pada setiap masa.

Kesejahteraan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan kami yang paling utama,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028