Idris Harun Pengerusi AmanahRaya baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) berkuat kuasa hari ini.

AmanahRaya dalam satu kenyataan berkata, perlantikan Idris akan membantu meningkatkan prestasi dan keupayaan kumpulan yang juga syarikat pemegang amanah utama di Malaysia.

“AmanahRaya percaya dengan pengalaman luas dan kecemerlangan Idris dalam bidang perundangan akan membawa kumpulan ke arah peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Idris sebelum ini dilantik sebagai Peguam Negara bermula pada Mac 2020 dan berkhidmat sehingga bersara pada September 2023.

Beliau memulakan kerjaya dalam sektor perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selepas itu, Idris berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan kerajaan sebelum menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penggubal Undang-Undang Parlimen.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014 serta Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018 sehinggalah dilantik sebagai Peguam Negara.

Idris yang mempunyai pengalaman lebih 42 tahun dalam bidang perundangan memegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028