Bursa Malaysia positif selepas pembentangan Belanjawan 2024

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi dagangan awal Isnin berikutan peningkatan selera risiko, didorong kenaikan harga minyak serta sentimen pasaran yang stabil selepas pembentangan Belanjawan 2024.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.32 mata kepada 1,445.46 daripada penutupan Jumaat pada 1,444.14.

Indeks utama memulakan dagangan dengan peningkatan sebanyak 1.22 mata pada paras 1,445.36.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 140 berbalas 132, manakala 268 kaunter tidak berubah, 1,814 tidak diniagakan dan 24 digantung.

Jumlah dagangan 298.63 juta unit bernilai RM84.38 juta.

Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent melonjak 5.7 peratus kepada US$90.89 setong pada Jumaat di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menjangkakan tindak balas selepas pembentangan belanjawan di bursa tempatan adalah neutral, walaupun sokongan belian terhadap pemain pembinaan dijangka berterusan.

“Bagi pasaran yang lebih luas, kami mengunjurkan ia kekal lesu, justeru, indeks utama diramalkan berlegar dalam julat 1,440 hingga 1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan telah menyediakan RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024 dengan tiga kementerian iaitu Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan sebagai penerima utama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM7.36, IHH Healthcare menokok tiga sen menjadi RM5.99, Maybank dan CIMB masing-masing susut satu sen kepada RM8.97 dan RM5.65 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.17.

Bagi saham aktif, Classita dan Tanco, kedua-duanya turun 0.5 sen untuk mencatatkan harga 6.5 sen dan 56.5 sen sementara Compugates dan Velesto peroleh 0.5 sen, masing-masing pada harga 1.5 sen dan 26 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.23 mata kepada 10,704.18, Indeks FBMT 100 naik 8.46 mata menjadi 10,365.34 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 12.54 mata kepada 10,938.01.

Indeks FBM 70 meraih 6.97 mata kepada 14,220.39 manakala Indeks FBM ACE menambah 0.34 mata kepada 5,145.29.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 20.02 mata kepada 16,284.2, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.42 mata menjadi 174.86, Indeks Tenaga peroleh 9.27 mata untuk mencatatkan paras 886.63 dan Indeks Perladangan menokok 2.97 mata kepada 7,865.7. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028