Nokia rancang buang 14,000 pekerja menjelang 2026

MOSCOW: Gergasi telekomunikasi Finland, Nokia merancang untuk menangani ketidaktentuan persekitaran pasaran dan kemerosotan jualan dengan mengurangkan perbelanjaan kakitangan dan mengurangkan 10 hingga 15 peratus daripada 86,000 pekerja menjelang akhir 2026, kata syarikat itu hari ini.

“Nokia menyasarkan untuk merendahkan asas kos mengikut asas kasar (sebelum inflasi) sebanyak antara 800 juta euro (RM4 bilion) dan 1.2 bilion euro (RM6 bilion) menjelang akhir 2026 berbanding 2023, mengambil kira bayaran pembolehubah menepati sasaran dalam kedua-dua tempoh.

“Ini mewakili pengurangan 10 hingga 15 peratus perbelanjaan pekerja … Program ini dijangka menyebabkan organisasi menjadi 72,000 hingga 77,000 kakitangan berbanding 86,000 pekerja yang dimiliki Nokia hari ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pembuangan itu susulan laporan suku ketiga Nokia yang menunjukkan penurunan 20 peratus jualan tahun ke tahun kepada 4.98 bilion euro, manakala keuntungan jatuh sebanyak 69 peratus kepada 133 juta euro, lapor Sputnik.

Skala sebenar program itu akan bergantung kepada ‘evolusi permintaan pasaran akhir’, kata kenyataan itu.

“Keputusan perniagaan yang paling sukar adalah yang menjejaskan kakitangan. Kami mempunyai bakat yang amat berbakat di Nokia dan akan menyokong semua orang yang terkesan dengan proses ini. Menetapkan semula asas kos adalah langkah penting bagi menyelaraskan ketidaktentuan pasaran serta menjamin keuntungan dan daya saing jangka panjang kami.

“Kami tetap yakin dengan peluang yang ada di hadapan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), CEO Pekka Lundmark dalam kenyataan itu.

Nokia Corporation adalah syarikat transnasional Finland yang mengeluarkan peralatan telekomunikasi bagi mudah alih, tetap, jalur lebar dan rangkaian IP yang diasaskan pada 1865. Ia beroperasi di lebih 130 negara. -BERNAMA-SPUTNIK

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028