Ranhill teroka kerjasama dengan China Energy Engineering bagi projek bekalan air minuman di Indonesia

KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad merancang untuk bekerjasama dengan China Energy International Group Co Ltd (CEIG) bagi pembangunan projek kemudahan bekalan air minuman serantau awam-swasta di Indonesia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan itu berkata, mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CEIG bagi bersama-sama meneruskan projek bekalan air Ir H Djuanda/Jatiluhur II, selain membangunkan dan bekerjasama dalam projek berpotensi di Asia Tenggara.

“Skop kerja terperinci, hak dan tanggungjawab serta kewajipan setiap pihak yang kerjasama akan dirundingkan kemudian sebelum dimuktamadkan serta dipersetujui semua pihak yang terlibat,” kata kumpulan itu.

CEIG ialah anak syarikat China Energy Engineering Corp Ltd iaitu sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong dan Bursa Saham Shanghai.

Berdasarkan laman web Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam Indonesia, projek Ir H Djuanda/Jatiluru II terdiri daripada pembinaan saluran masuk, saluran paip penghantaran, loji rawatan air dan rangkaian pembangunan utama.

30% kos projek itu akan dibiayai oleh ekuiti dan 70% menerusi hutang dengan tempoh konsesi selama 30 tahun.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028