Widad Group raih kontrak bernilai RM116.8 juta untuk pembinaan Taman Perindustrian Tok Bali

KUALA LUMPUR: Widad Group Berhad menerusi Widad Builders Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak bernilai RM116.8 juta bagi cadangan pembinaan Taman Perindustrian Tok Bali Fasa 1 di Pasir Putih, Kelantan.

Menerusi kontrak itu, kumpulan itu akan terlibat dalam pembinaan dan aktiviti pengurusan bersepadu.

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh 156 minggu bermula 4 Disember 2023.

Projek itu akan dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman luar.

Kumpulan itu berkata, kontrak itu ini tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama.

“Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Widad dan anak-anak syarikatnya sepanjang tempoh projek,” katanya.

Tiada sebarang risiko ketara dijangka selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan projek semasa tempoh itu.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028