SCIB umum perletakan jawatan Anak Premier Sarawak sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan perletakan jawatan anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari sebagai pengerusi eksekutif.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, menerusi Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 yang diadakan, Abang Abdillah Izzarim, 45, membuat keputusan bersara mengikut Perkara 127 Perlembagaan Syarikat.

Menerusi AGM itu juga, bekas Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zaini Jass, 60, dilantik sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Abang Abdillah Izzarim bekuat kuasa semalam.

Zaini berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 1985 sebelum bersara tahun ini dan sepanjang bersama pasukan itu beliau menyandang pelbagai jawatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah.

Selain itu beliau juga merupakan pengarah dalam beberapa syarikat termasuk Artroniq Berhad dan Asdion Berhad.

Pada 28 Jun lalu, Abang Abdillah Izzarim merupakan Pengerusi PP Telecom dilantik sebagai pengerusi eksekutif kumpulan itu.

Ketika itu, beliau juga adalah pengarah untuk Cempaka Helicopter Corporation Sdn. Bhd. manakala Marcus Chin adalah Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Berhad, serta Pengarah Eksekutif di APB Resources Berhad.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028