Saham Ibraco melonjak susulan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching

KUALA LUMPUR: Saham Ibraco Bhd hari ini meningkat susulan penubuhan syarikat usaha sama milik penuhnya, Ibraco Construction Sdn Bhd (ICSB).

Setakat rehat tengah hari, saham syarikat itu naik 14.59% atau 15.3 sen kepada RM1.06.

Penubuhan syarikat usaha sama Ibraco CREC JV Sdn Bhd adalah untuk pembinaan dan penyiapan kerja-kerja infrastruktur bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching membabitkan pakej Blue Line antara Rembus dan Stutong.

Projek berkenaan menyaksikan pembentukan kerjasama antara ICSB dengan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CRECM) and Nanyang Tunnel Engineering Sdn Bhd (NYTE).

Syarikat usaha sama itu memiliki modal berbayar sebanyak RM2 juta, dengan ICSB menguasai 51% pegangan, CRECM 39% dan NYTE (10%).

November lalu, Ibraco dijangka menubuhkan syarikat usaha sama (JV) CRECM dan NYTE selepas memperoleh projek berkaitan dengan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

ICSB selaku anak syarikat milik penuh Ibraco telah bekerjasama dengan CRECM dan NYTE (secara kolektif dirujuk sebagai ICSB-CRECM-NYTE) untuk menyertai tender terbuka oleh Sarawak Metro Sdn Bhd (SMSB).

CRECM adalah anak syarikat milik penuh China Railway Group Ltd, perusahaan milik kerajaan China, manakala NYTE adalah anak syarikat milik penuh CRECM.

SMSB adalah pelaksana projek KUTS yang bermatlamat untuk mengubah Kuching sebagai bandar yang dinamik dan berdaya saing dengan menyediakan perkhidmatan mobiliti mesra pengguna membabitkan kawasan Greater Kuching dengan pengenalan Transit Aliran Autonomi.

Dalam kenyataan sebelum ini, Ibraco berkata, projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching dijangka siap pada 31 Disember 2025 bagi Peringkat 1, manakala Peringkat 1A pada 30 Jun 2026.

Projek itu akan dibiayai menerusi penjanaan dana dalaman dan pinjaman luaran syarikat.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028