LTAT sahkan sedang berbincang dengan Kerajaan Sarawak berhubung penjualan saham Affin Bank

KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama Affin Bank Bhd iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan sedang mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak terhadap kemungkinan berlakunya pertukaran pegangan saham dalam bank itu.

Sebarang transaksi yang mungkin terhasil daripada perbincangan tersebut akan dilakukan mengikut peraturan berkaitan, demikian menurut Affin Bank dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Menurut kumpulan itu, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak memiliki 4.796% saham Affin Bank pada 29 Disember 2023 dan berminat untuk memperoleh tambahan 15% daripada LTAT yang secara langsung memiliki 29.7% kumpulan perbankan itu.

Sementara itu, unit milik penuhnya Boustead Holdings Berhad memegang 20.65% kepentingan.

“Sekiranya saham itu berjaya bertukar tangan, Sarawak akan menjadi pemegang saham ketiga terbesar Affin, memegang kira-kira 20%, berikutan Bank of East Asia dengan 23.79% kepentingan,” katanya.

Menurut Akta Syarikat 2016 dan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), LTAT bertanggungjawab untuk memaklumkan Affin Bank tentang sebarang perubahan kepada pegangan saham mereka dengan mematuhi keperluan atau pelupusan ketara pemegang saham utama.

“Begitu juga, mana-mana pihak yang memperoleh faedah sebanyak 5% atau lebih akan dikehendaki memberitahu bank terbut terhadap perkara yang sama.

“Affin Bank akan membuat pengumuman selepas menerima pemberitahuan mengenai sebarang perubahan dalam pegangan saham yang melibatkan pemegang saham utamanya,” katanya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028