Cypark umum perlantikan Datuk Mohammad Zainal Shaari, Norita Ja’afar sebagai pengarah baharu

KUALA LUMPUR: Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Norita Ja’afar dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Cypark Resources Berhad (Cypark).

Perlantikan kedua-dua individu itu berkuat kuasa 18 Januari 2024.

Cypark memaklumkan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan terakhirnya pada 26 Oktober 2023, Cypark menubuhkan 3 ahli jawatankuasa eksekutif lembaga (Exco) untuk menyediakan pengawasan perniagaan dan strategik dan memperkukuh komposisi lembaga pengarah.

Katanya, Zainal ialah Felo Institut Akauntan Bertauliah di England & Wales serta Persatuan Akauntan Bertauliah.

Beliau memulakan kerjayanya di Malaysia pada 1990 dengan PricewaterhouseCoopers (dahulunya Price Waterhouse) dan dijadikan rakan kongsi Price Waterhouse pada 1 Julai 1997.

Beliau menyertai Khazanah Nasional Bhd pada 1 Jun 2004 dan jawatan terakhirnya adalah sebagai ketua pegawai operasi.

Semasa di Khazanah, beliau menyelia operasi pengurusan dalaman dan memegang peranan strategik dalam pengurusan dan pemantauan pelaburan.

“Bidang kuasanya termasuk Unit Pengurusan Risiko, Bahagian Pengurusan Modal Insan Strategik dan Bahagian Sokongan & Perkhidmatan Korporat (terdiri daripada Undang-undang, Kesetiausahaan, Operasi Sokongan dan ICT). Zainal juga berkhidmat sebagai Setiausaha Syarikat Lembaga Khazanah,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Selepas Khazanah, beliau menyertai sektor swasta pada 1 Jun 2014 yang mana beliau memegang peranan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds (M) Bhd, kemudian syarikat induk bagi Padiberas Nasional, Pusat Penapisan Gula, Tradewinds Plantation dan Mardec.

Menurut kenyataan itu, kedudukannya dilanjutkan untuk meliputi tugas dan tanggungjawab yang lebih luas apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tradewinds Group Malaysia, pada 1 Jun 2021 sehingga bersara pada 31 Mei 2023.

“Zainal adalah pengarah pelbagai syarikat awam dan swasta dan juga berkhidmat di jawatankuasa lembaga masing-masing. Pada 2006, beliau telah dilantik oleh Kementerian Kewangan untuk menjadi ahli Yayasan Pelaporan Kewangan,” katanya.

Sementara itu, Norita ialah pengamal kelestarian bertauliah yang diiktiraf Institut Pengurusan Berkanun (CMI) dan Pusat Kelestarian dan Kecemerlangan (CSE) Amerika Syarikat.

Beliau juga merupakan ahli Persatuan Pegawai Perubahan Iklim (ACCO).

“Pengalaman luas beliau termasuk peranan kepimpinan sebagai CEO TFX Global Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Operasi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

“Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Johor Plantations Bhd, yang mana beliau juga menganggotai Jawatankuasa Kelestarian dan Jawatankuasa Tender,” katanya.

Katanya, Norita berkelulusan Sarjana Sains Ekonomi (Dasar Fiskal) dari Universiti of Bath dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Universiti Nottingham, United Kingdom.

Pengerusi Cypark, Datuk Ami Moris berkata, lembaga pengarah yang kukuh memacu pertumbuhan yang mampan.

“Cypark yakin penambahan kepada lembaga pengarah, bersama-sama dengan jawatankuasa eksekutif lembaga pengarah, akan mengukuhkan tadbir urus korporat, kepimpinan perniagaan dan inisiatif strategik baharu, mengukuhkan laluan kami dalam sektor tenaga boleh diperbaharui Malaysia,” katanya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028