Acryl Sani Pengerusi Cheetah Holdings Berhad baharu berkuat kuasa 31 Januari

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Pengerusi Cheetah Holdings Berhad yang baharu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Cheetah Holding dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Acryl Sani, 62, akan mengambil peranan sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif.

Beliau yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 37 tahun merupakan KPN ke-13 negara yang dilantik 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023.

Acryl Sani memulakan kerjayanya dalam pasukan polis pada 2 Februari 1986 sebagai kadet penolong penguasa.

“Sejak itu, beliau memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis, termasuk pengarah jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, pengarah jabatan siasatan jenayah komersial dan pengarah jabatan logistik dan teknologi.

“Pada Ogos 2020, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai KPN,” katanya.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Pengarah Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Berhad.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028