Aktiviti ambil untung bawa turun Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini memandangkan terdapat aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi di tengah-tengah meluasnya sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.82 mata kepada 1,512.16 daripada 1,512.98 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks barometer dibuka rendah 3.63 mata kepada 1,509.35.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 304 berbanding 155, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 421.14 juta unit bernilai RM261.50 juta.

Malacca Securities dalam nota hari ini berkata, FBM KLCI, bersama-sama FBM Small Cap menyusut untuk satu sesi lagi pada Rabu memandangkan aktiviti pengambilan untung bermula sebelum cuti umum Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) bertukar tidak menentu selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memuktamadkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dengan kadar faedah tidak berubah, menegaskan bahawa kadar faedah AS berada pada paras kemuncak.

Bagaimanapun, katanya pengurangan kadar pada Mac tidak mungkin berlaku.

“Oleh itu, pasaran menetapkan pengurangan kadar mungkin berlaku pada separuh kedua 2024 dan akan memantau rapi laporan pendapatan dan pekerjaan korporat lewat hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.26, Public Bank menokok 3.0 sen kepada RM4.42, manakala CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing susut 1.0 sen kepada RM6.22 dan RM6.76, dan Tenaga Nasional merosot 8.0 sen kepada RM10.64.

Bagi saham aktif, Minetech menokok 1.0 sen kepada 15.5 sen, TSA Group meningkat 4.0 sen kepada 59 sen, manakala MRCB susut 4.0 sen kepada 61 sen dan TWL Holdings berkurangan setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 17.10 mata kepada 11,226.23, Indeks FBMT 100 turun 13.23 mata kepada 10,890.59, Indeks FBM 70 susut 48.58 mata kepada 15,137.34, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 33.88 mata kepada 11,244.212.33 dan Indeks FBM ACE susut 2.33 mata kepada 4,752.70.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah susut 14.24 mata kepada 906.64, Indeks Perladangan merosot 5.73 mata kepada 7,165.13 dan Indeks Tenaga menguncup 4.49 mata kepada 890.61.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 28.08 mata kepada 16,971.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.58 mata kepada 172.53. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

MUNICH, 3 Jun — Syarikat tenaga solar yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara, Helios Solar AG, merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Frankfurt Stock Exchange dengan jangkaan…

Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

KUALA LUMPUR — Sentimen pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan dilihat kembali pulih apabila mereka kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut merekodkan aliran…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

  • June 9, 2026
Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa