Ringgit kurang minat belian, susut kepada RM4.72 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian apabila sentimen berhati-hati terus menyelubungi keputusan dasar monetari oleh Bank of Japan (BoJ).

Pada 9.15 pagi, ringgit susut kepada 4.7225/7265 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari oleh BoJ hari ini berikutan jangkaan bahawa bank pusat Jepun itu akan menamatkan Dasar Kadar Faedah Negatif dan Kawalan Keluk Hasil.

Selain itu, katanya peserta pasaran akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang bermula hari ini dan berakhir esok.

Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal rendah berikutan sentimen dagangan berhati-hati, katanya kepada Bernama.

“Bagaimanapun, data yang positif dari China semalam memberi harapan bahawa ekonomi global kedua terbesar itu akan mendapat tarikan berikutan pelbagai rangsangan ekonomi dan monetari,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1631/1660 daripada 3.1608/1630 pada Isnin, susut berbanding pound kepada 6.0070/0121 daripada 6.0060/0098 semalam, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 5.1338/1382 daripada 5.1400/1433 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1104/1262 daripada 13.1050/1203 pada Isnin dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 300.9/301.3 daripada 300.5/300.9 semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.5258/5291 daripada 3.5253/5278 pada Isnin dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.49 daripada 8.49/8.50 sebelum ini. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028