Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang data inflasi

KUALA LUMPUR; Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari.

Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama pendapat umum rata-rata mengunjurkan kadar inflasi Malaysia kekal pada 1.5 peratus pada Februari.

Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran kadar inflasinya kepada 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024, daripada unjuran sebelumnya pada 2.1 hingga 3.6 peratus.

Meskipun semakan semula itu, Mohd Afzanizam berkata inflasi masih kekal tinggi, memberikan lebih banyak sebab untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00 peratus.

Beliau berkata berdasarkan anjakan semula Fibonacci, paras sokongan dan rintangan semasa ringgit masing-masing dijangka berada pada RM4.7341 dan RM4.47481.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.1195/1239 daripada 5.1203/1257 pada paras penutup Jumaat minggu lalu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.9692/9743 daripada 5.9582/9645 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1332/1361 daripada 3.1223/1258.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain, kecuali peso Filipina apabila ia meningkat kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42 pada.

Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0336/0503 daripada 13.0116/0318 sebelumnya, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 299.8/300.4 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5109/5141 daripada 3.5106/5145. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028