HeiTech Padu dapat kontrak RM190.01 juta untuk tempoh 3 tahun

  • News
  • April 16, 2024

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan pemberian kontrak MySikap berjumlah RM190.01 juta kepada HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) yang didakwa tinggi, adalah untuk tempoh tiga tahun.

Menterinya, Anthony Loke, berkata, nilai tinggi disebabkan kos penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh kontrak.

“Ia babitkan kontrak penyelenggaraan untuk tiga tahun bagi perisian dan pekakasan kesan (hardware) termasuk pelayan MySikap di Pusat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya kepada media selepas melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), EVlution bersama MasterCard dan RHB Bank, lapor BH.

Semalam, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan teknologi itu berkata, tender berkenaan adalah bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem MySikap di semua pejabat JPJ.

Sementara itu, Loke memaklumkan bahawa cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk EV akan dikenakan pada kadar lebih rendah selepas inisiatif untuk kenderaan alaf baharu itu berakhir hujung tahun ini.

Katanya, MOT akan mengumumkan mengenai kadar cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV) selewat-lewatnya akhir bulan ini atau awal bulan depan.

“Saya dah kata (umum) dalam April atau awal Mei,” katanya.

Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata struktur cukai jalan atau LKM untuk EV yang lebih kompetitif akan diumumkan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.

Katanya, struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Dalam pada itu, Siew Fook menjelaskan, pihaknya turut mengalu-alukan pihak swasta membina stesen pengecas EV untuk pengguna kereta di negara ini.

“Ini selaras harapan kerajaan bagi sasaran 10,000 stesen pengecas EV beroperasi di negara ini menjelang 2025.

“Sudah tentu ini memerlukan pelaburan daripada pihak swasta untuk stesen pengecas EV ditempatkan lokasi strategik di kawasan lebuh raya, tempat orang ramai,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028