BNM dijangka kekal OPR pada paras 3%

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah sebanyak 3% semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 9 Mei 2024.

Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama kekal berdaya tahan pada paras 3.9% dari tahun ke tahun tetapi lebih rendah berbanding jangkaan mereka pada akhir 2023.

“Inflasi kekal tidak sihat pada Mac 2024 walaupun terdapat peningkatan sebanyak 2ppt dalam cukai perkhidmatan,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, perkembangan terkini termasuk penstrukturan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kenaikan gaji penjawat awam dilihat meningkatkan risiko kenaikan OPR pada akhir 2024.

Katanya, penstrukturan semula akaun KWSP yang boleh membawa kepada anggaran pengeluaran sebanyak RM25 bilion (1.3% daripada KDNK) dan ia berkemungkinan meningkatkan inflasi didorong oleh permintaan.

Selain itu, gaji penjawat awam mungkin dinaikkan lebih daripada 13% mulai Disember 2024.

“Rasionalisasi subsidi bahan api (faktor yang jelas) mungkin dilaksanakan pada 2025 atau lebih awal, menambahkan lagi risiko peningkatan inflasi.

“Kami akan memerhatikan sebarang perubahan pada prospek inflasi BNM untuk menilai risiko kenaikan OPR pada akhir 2024, namun keadaan ini bukan kes asas pada masa ini,” katanya.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028