Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

  • Auto
  • August 8, 2024

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi maklum balasnya berkata, tindakan itu berkemungkinan adalah keputusan komersial syarikat multinasional itu berhubung operasi globalnya.

MITI berkata, keputusan yang dibuat oleh Tesla itu tidak mencerminkan pembaharuan industri dan landskap pelaburan lebih baik yang telah diusahakan oleh MITI dan agensinya sejak Disember 2022.

“Perlu juga diambil perhatian bahawa laporan berita mengenai pembatal rancangan bina kilang di Thailand, Indonesia, Malaysia bukanlah kenyataan rasmi daripada Tesla tetapi memetik sumber yang tidak dinamakan.

“Pengesahan mengenai laporan itu perlu datang dari Tesla,” kata jurucakap MITI.

Tesla dilaporkan tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation, berdasarkan sumber kerajaan Thailand, pengeluar EV itu sebaliknya hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

Tesla sebelum ini dilaporkan bersedia untuk melabur AS$5 bilion untuk hab pembuatan Asia Tenggara dan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan.

Pada masa sama, Malaysia dan Indonesia juga menawarkan peluang untuk Tesla membuka kemudahan pengeluaran mereka.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.

Coelho

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028