Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham Pertama Digital

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penggantungan Jualan Singkat Harian (IDSS) saham Pertama Digital Bhd bagi tempoh dagangan hari ini selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan itu merosot lebih 15% atau 15 sen daripada harga rujukan.

Menerusi laman web, Bursa Malaysia mengumumkan bahawa IDSS saham syarikat itu hanya akan diaktifkan semula pada Khamis, 10 Oktober pada pukul 8.30 pagi.

“Harap dimaklumkan bahawa jualan pendek di bawah IDSS untuk saham Pertama telah digantung untuk sepanjang hari ini,” menurutnya.

Pada pukul 10.30 pagi, saham Pertama Digital, yang dibuka pada 33 sen seunit, susut kepada 28.5 sen dengan 159.29 juta saham bertukar tangan.

Semalam, Bursa Malaysia mengumumkan IDSS untuk saham Pertama Digital digantung selepas harga terakhirnya susut lebih 15% atau 15 sen daripada harga rujukan.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028