DHL Express labur RM300 juta lancar kemudahan baharu di Malaysia

KUALA LUMPUR: DHL Express melabur RM300 juta dalam sistem pengasingan automatik sepenuhnya, yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, kemudahan yang merupakan pertama seumpamanya di Asia Tenggara berfungsi untuk mempercepatkan kapasiti penghantaran rentas sempadan.

DHL Express Kuala Lumpur Gateway, boleh memproses sehingga 10,000 penghantaran sejam semasa kapasiti puncak, membolehkan masa transit yang lebih pantas serta memendekkan masa penghantaran.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian, Neo berkata, kemudahan ini adalah tiga kali ganda saiz pendahulunya dan mampu mengendalikan empat kali ganda jumlah penghantaran.

“Kami lebih bersedia untuk menyokong perniagaan tempatan dan syarikat import dan eksport multinasional. Pada masa yang sama, kami boleh menyumbang kepada peningkatan aliran perdagangan sempadan,” katanya.

“Kemudahan itu mampu meningkatkan kecekapan sambungan ke lorong perdagangan tersibuknya melalui empat pintu masuk kami, termasuk AS, China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Australia, Jerman dan UK.

“Ia mewakili pelengkap sempurna kepada jejak antarabangsa kami merentasi lebih 220 negara,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hadir sama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bertempat di Terminal 1 Kargo Udara KLIA (KACT1), Kuala Lumpur Gateway adalah salah satu daripada lima kemudahan seumpamanya dalam rangkaian udara dan darat DHL Express Malaysia.

Ia termasuk 20 pusat khidmat, kira-kira 170 lokasi runcit, lebih 300 kenderaan penghantaran, lebih 60 penerbangan mingguan, empat pesawat, dan tenaga kerja seramai 1,300 orang.

Julian juga berkata, kemudahan itu yang mula dibina pada Oktober 2021 dan siap pada Mac tahun ini, dibina sejajar dengan garis panduan bangunan neutral karbon Kumpulan DHL.

Ia menggabungkan pelbagai teknologi hijau, termasuk panel solar puncak 500 kilowatt, pencahayaan LED pintar dan sistem cekap tenaga untuk air dan elektrik.

“Industri kami telah menjadi destinasi utama bagi syarikat multinasional yang ingin mempelbagaikan sumber bekalan mereka.

“Di sinilah ekosistem logistik yang berkembang pesat diperlukan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan.

“Perdagangan terus meningkat, terutamanya di rantau ASEAN, yang mempunyai populasi 680 juta dan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$3.5 trilion atau RM15.26 trilion,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028