Kos perjalanan lawatan rasmi PM ke lima negara ditanggung syarikat swasta

  • News
  • November 22, 2024

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar kos perjalanan dan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang terlibat sama dalam urusan berkenaan.

Beliau memaklumkan kos penerbangan yang ditanggugn pihak terbabit mencecah kira-kira 70 hingga 80 peratus.

Perkara tersebut didedahkan Perdana Menteri sendiri memetik lima syarikat terlibat iaitu Petronas, Sapura Energy, Yinson dan Proton.

“Kami menjemput syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan untuk menyertai perjalanan ini, dan mereka menanggung tambang penerbangan dan kos-kos lain.

“Kerajaan juga membantu syarikat-syarikat ini sama ada untuk mengimport atau mengeksport,” kata Anwar di Dewan Rakyat seperti laporan FMT.

Beliau menjawab pertanyaan Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin mengetahui kesan kewangan dan hasil daripada lawatan-lawatan terbaharunya ke luar negara.

Anwar berkata, kos perjalanan ke Kaherah (Mesir), Riyadh (Arab Saudi), Lima (Peru), Rio de Janeiro (Brazil) dan Doha (Qatar) adalah tinggi, tetapi beliau tidak mempunyai angka yang tepat.

Anwar melakukan lawatan rangka kerja ke negara-negara tersebut sejak 9 November dan kembali ke Malaysia, semalam.

Beliau sebelum itu uturut mengadakan lawatan di China dari 4 hingga 7 November untuk Ekspo Import Antarabangsa China Ke-7 di Shanghai.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028