Mohd Zuki Ali dilantik pengerusi baharu Pestech, Mohd Razeek sebagai MD

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai pengerusi bukan bebas, bukan eksekutif baharu bagi Pestech International Bhddan.

Sementara itu, Datuk Mohamed Razeek Md Hussain Maricar sebagai Pengarah Urusan kumpulannya yang baharu.

Pestech, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata Tan Sri Mohd Zuki, 62, sebelum ini adalah ketua setiausaha negara ke-15 kepada kerajaan Malaysia.

“Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Nanyang, Singapura, dalam program kerjasama dengan Massachusetts Institute of Technology, Boston,” katanya.

Dalam makluman berasingan di Bursa Malaysia, Pestech berkata Mohamed Razeek, ​​66, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari Polytechnic of South Bank, London.

“Beliau kini mengetuai operasi dan pengurusan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd,” katanya.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028