Saham Yinson digantung sementara tunggu penguman penting

KUALA LUMPUR: Kaunter saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Januari 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu.

Dalam dagangan sebelum ini, harganya mencecah RM2.70 sesaham manakala permodalan pasaran sebanyak RM8.66 bilion.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Yinson berkata permohonan bagi penggantungan dagangan sahamnya itu dibuat di bawah subperenggan 3.1(a) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Bursa Securities telah meluluskan permintaan penggantungan sementara itu sehingga tempoh akhir dagangan pada 14 Januari 2025.

Laporan sebelum ini menyatakan Yinson semakin hampir dalam mendapatkan pelabur untuk pusingan pembiayaan bagi cabang unitnya yang terbabit dalam pengeluaran peralatan minyak dan gas luar pesisir.

Dalam laporan itu, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), British Columbia Investment Management (BCI) dan RRJ Capital dikatakan dijangka melanggan sejumlah AS$1 bilion dalam saham keutamaan boleh tukar dan boleh tebus seawal minggu ini.

Ketiga-tiga entiti itu juga dijangka akan melanggan AS$500 juta lagi selepas ini.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028