Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

PUTRAJAYA: Persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dalam mengurus ratusan program secara efektif dilaksanakan dengan baik oleh penjawat awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pengurusan ASEAN bukan sekadar soal kedudukan atau kebanggaan, tetapi mencerminkan kemampuan penjawat awam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Ini tentunya memerlukan penugasan yang lebih daripada biasa.

“Saya lihat umpamanya saya pun ke berpuluh negara…Tahap persiapan kita, acara-acara kita itu di antara yang terbaik yang saya dapat saksikan.

“Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan,” katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar turut mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada penjawat awam yang sangat berdedikasi dan bertungkus-lumus memastikan kelancaran urusan pentadbiran negara, terutama dalam persiapan acara rasmi melibatkan pemimpin antarabangsa.

“Saya memilih untuk menyebut perkara ini kerana ratusan ribu (penjawat awam) di semua peringkat (terlibat membuat persiapan), dan kadang-kadang hal yang baik begini tidak pernah mendapat liputan di media atau media sosial.

“Yang ada ialah akan dipilih beberapa kes keterlanjuran atau kesalahan. Tidak ada salah untuk besarkan beberapa kesalahan, tetapi tidak adil untuk tidak melaporkan kegiatan tahap kecekapan,” katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi pengalamannya ketika mencuba kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan baru-baru ini.

“Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye.. beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri tapi bagi saya ia kepada negara, ia bukan hak saya. Saya boleh pakai selagi saya jadi Perdana Menteri, tetapi selepas itu kena serah balik kepada negara,” katanya.

Anwar berkata ketika dalam perjalanan ke Kompleks Sri Perdana pada hari Ahad sekitar pukul 1.30 tengah hari, beliau melihat puluhan penjawat awam dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan sedang bertugas mempersiapkan lawatan rasmi Presiden Turkiye.

“Saya lihat ramai yang masih bertugas dan dengan senyum rapi untuk mempersiapkan acara esok (hari ini) untuk Presiden Turkiye.. jadi saya salute kepada semua saudara-saudara yang bertugas dengan begitu baik,” katanya.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini atas jemputan Perdana Menteri.

Lawatan ini bertujuan mengukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara yang terus berkembang berasaskan hubungan yang lama terjalin, terutamanya selepas ia dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.

Pada 2024, Türkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keempat terbesar dari rantau Asia Barat.

Jumlah dagangan Malaysia dengan Türkiye meningkat sebanyak 18.7 peratus kepada RM24.13 bilion (US$5.28 bilion) dari tahun sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028