SPRM bakal umum perkembangan kes rasuah berprofil tinggi Selasa ini

  • Utama
  • September 7, 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengumumkan perkembangan beberapa siasatan rasuah berprofil tinggi termasuk membabitkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, operasi khas Ops Sikaro, serta pengurusan kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata sidang media khas akan diadakan pada 9 September bagi memaklumkan status terkini kes-kes berkenaan.

“Banyak kes tertunggak yang perlu saya maklumkan, termasuk Ops Sikaro, kes melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri, DBKL dan sebagainya.

Ops Sikaro masih disiasat kerana ia melibatkan ratusan akaun untuk dianalisis,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Raya Kampung Terentang, di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya yang juga Pengerusi Puspanita SPRM, Normah Mohd Zain, serta wakil pentadbiran daerah Kuala Pilah.

DBKL hampir ke mahkamah

Menurut Azam, siasatan terhadap pegawai kanan DBKL telah selesai dan sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Saya berharap kes ini dapat dituduh di mahkamah selewat-lewatnya selepas Hari Malaysia (16 September), atau selewatnya minggu pertama bulan depan,” katanya.

Katanya, SPRM mahu mempercepatkan kes-kes besar kerana tidak mahu dilihat melengah-lengahkan proses undang-undang.

Ops Sikaro & syarikat import

Sebelum ini, SPRM melalui Ops Sikaro mendedahkan 14 syarikat berlesen import sah didakwa menyalahgunakan kemudahan dengan membuat pengisytiharan palsu.

Antara modus operandi termasuk menukar kod kastam dan butiran barangan untuk mengelak cukai serta membawa masuk barangan haram.

Rampasan RM170 juta & jongkong emas

Bagi kes Ismail Sabri, SPRM pada Mac lalu mendedahkan rampasan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas bernilai hampir RM7 juta.

Rampasan dibuat daripada tiga premis termasuk sebuah “safehouse”, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas perdana menteri itu.

SPRM turut mengesahkan sedang menyiasat transaksi pembelian hartanah yang dikaitkan dengan pegawai kanan DBKL berpangkat Jusa B.

  • Goncalves

    Related Posts

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    KUALA LUMPUR — Cadangan kemungkinan kerajaan mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), anak syarikat milik penuh NexG Bhd yang menjadi tunjang kepada ekosistem MyKad dan dokumen keselamatan negara, membuka…

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    Shantawood milik DPS menyediakan tapak di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, manakala Hangyue bakal memainkan peranan menghubungkan perusahaan China dengan peluang penempatan bersama dan pelaburan infrastruktur digital di Malaysia. KUALA LUMPUR:…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028