Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

  • Kes
  • June 23, 2026

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan di Kolam Menara Saujana Perdana 1, Kuala Selangor.

Menurut SPAN, kejadian tersebut berlaku ketika kerja pencucian kolam secara berjadual dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik, Myda Risk & Safety Sdn. Bhd., pada 16 Jun lalu. Suruhanjaya itu menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada 17 Jun sebelum mengadakan lawatan tapak ke lokasi sehari kemudian bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Hasil semakan awal mendapati dua pekerja mengalami kesulitan ketika berada berhampiran kawasan scour point berdiameter 200 milimeter di dalam kolam yang ketika itu mempunyai paras air setinggi pinggang. Seorang pekerja berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi dilaporkan tersangkut di kawasan tersebut.

Mangsa kemudiannya diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital UiTM untuk tujuan bedah siasat. Punca kematian awal dilaporkan sebagai lemas.

Susulan kejadian itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjalankan pemeriksaan di lokasi pada 17 Jun dan mengeluarkan Notis Larangan bagi kawasan berkaitan. Lawatan susulan turut dilakukan bersama SPAN, Air Selangor dan JKKP pada 18 Jun bagi mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

Menurut SPAN, siasatan awal menunjukkan kemungkinan wujud ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung, termasuk dakwaan kemasukan pekerja ke kawasan berisiko tanpa kebenaran dan sebelum pengesahan keselamatan diberikan. Bagaimanapun, suruhanjaya itu menegaskan bahawa punca sebenar kejadian hanya akan ditentukan selepas siasatan rasmi dan laporan akhir JKKP dimuktamadkan.

SPAN turut mengesahkan bahawa kontraktor yang terlibat memiliki permit sah yang didaftarkan dengan suruhanjaya tersebut. Namun, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak termasuk operator bekalan air atau kontraktor terbabit sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atau peraturan berkaitan.

SPAN menegaskan bahawa insiden yang melibatkan kehilangan nyawa itu dipandang serius dan keselamatan pekerja akan terus menjadi keutamaan dalam semua operasi penyelenggaraan industri perkhidmatan air. Suruhanjaya itu turut memaklumkan bahawa langkah penambahbaikan berkaitan pematuhan prosedur keselamatan, kawalan kerja di ruang terkurung, pemantauan kontraktor dan pengurusan risiko akan diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

Sequeira

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026